TAFSIRAN ANDA TERHADAP CINTA

KONGSIKAN PENGALAMAN ANDA DARI KECIL HINGGA DEWASA... CERITA RAKAN ANDA, JIRAN ANDA, MUSUH ANDA... APA SAHAJA TENTANG KASIH, SAYANG, RINDU, CINTA, BENCI, MARAH, MERAJUK, CEMBURU,SAKIT HATI... TAFSIRKAN SEGALANYA DALAM CERITA ANDA............ ^^,

Monday, February 21, 2011

CINTA TAK PERNAH MEMINTA
SENTIASA MEMBERI
CINTA MEMBAWA PENDERITAAN
TAPI TAK PERNAH BERDENDAM
DAN BALAS DENDAM
DI MANA ADA CINTA
DISITULAH KEHIDUPAN
KEBENCIAN MEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN


TANPA RELA
Andai cinta kita berakhir di sini
Maafkan aku sayang bukan niatku melukai hatimu
Ketahuilah kau bahawa hati ini pergi tanpa rela
Akan ku semat segala kenangan kita walau tidak bersama
Maafkan aku sayang di atas kegagalan ku meneruskan cinta kita
Dunia ini terlalu sukar buat kita
Maafkan aku sayang pergi tanpa rela….

Maafkan aku sayang andai cinta kita ini hanya satu
persinggahan….
Bukan niatku sayang
Tapi aku terpaksa pergi
Pergi meninggalkan mu
Meninggalkan cinta kita
Andai suatu hari kau bertemu si dia
Kaakan padanya hanya dia yang kau cinta
Lupakanlah aku….
Lupakan cintaku….
Maafkan aku sayang kerna aku kecundang
SENZAH
Caramu….
Kasihmu hanya aku yang tahu
Mereka kata kau bukan untuk ku
Mereka kata bintang dilangit dapatku capai
Hanya aku yang tahu….
Senzah….
Aku dan kau
Kini hanya air mata mampu mengubat hatiku
Dulu kau pergi dan kembali
Kini kau pergi tanpa menoleh ku lagi
Senzah….
Aku di sini terseksa merindui kasihmu
Tanpaku mampu….
Pada hatimu aku bersalah
Mengertilah kau aku terpaksa….
Maafkan aku walau kau membenciku………

RESEPI MASAKAN

NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN A:-
-  2labu bawang besar (dicincang halus)
-  4ulas bawang putih (dicincang)
-  2cm halia (dicincang)
-  4cm kulit kayu manis
-  3kuntum bunga cengkih
-  3kelopak bunga lawang
-  3biji buah pelaga (ditumbuk)

 BAHAN LAIN :-                                                                                                                                       
- 500gm beras (basuh&toskan)
- 3cawan air
- 1/3 cawan sos tomato magi
- garam secukup rasa

 BAHAN HIASAN :-                                                                                                                                 
- ¼ cawan bawang goreng
- 1biji tomato (dihiris)
- daun pudina

CARA-CARANYA:-
- panaskan minyak dan tumis ramuan A hingga wangi.
- masukkan beras dan goreng hingga beras bersalut minyak.
- masukkan air, sos tomato magi dan garam secukup rasa.
- masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.
- hias dengan bawang goreng dan daun pudina.


NASI BUKHANA
BAHAN-BAHAN :-
-  4cawan beras
-  4cawan air
-  1ekor ayam(potong kecil)
-  1senduk besar minyak sapi
-  1tin susu cair
-  4cm halia (dihiris)
-  10ulas bawang merah (mayang halus)
-  10ulas bawang merah (kisar)
-  10ulas bawang putih (kisar)
-  7biji buah badam
-  3biji buah tomato (mayang bulat)
-  2sudu besar jintan manis
-  1sudu besar jintan putih
-  4sudu besar ketumbar
-  1labu bawang besar (mayang bulat)
-  sedikit daun pudina
-  sedikit garam
-  sedikit serbuk kunyit
-  sedikit bawang goreng

BAHAN REMPAH:-
-   8 kuntum bunga cengkih
-   5 biji buah pelaga
-   6cm kulit kayu manis

CARA MENYEDIAKAN:-
 - ayam dipotong kecil, digaulkan sedikit kunyit dan garam, lalu digoreng hingga   
   masak. Ketepikan.
 - jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling@dikisar hingga lumat.  
   Asingkan.
- tumiskan jintan manis, intan putih,ketumbar dgn bahan rempah serta bawang
  besar dan tomato hingga wangi.
 - masukan ayam dan kacau rata. Kemudian masukan susu cair,daun pudina dan
   air.
 - apabila sudah mendidih bolehlah masukkan beras dan tanak sehingga masak.


ACAR TIMUN
BAHAN-BAHAN:-
-  1biji timun
-  1batang lobak merah
-  ½cawan cuka
-  2sudu makan serbuk cili
-  2sudu munyak masak
-  1sudu makan bijan
-  1sudu makan serbuk kunyit
-  1sudu makan gula pasir
-  1sudu kecil biji sawi
CARA-CARANYA :-
-   timun&lobak merah dipotong memanjang. Kemudian gaulkan dgn serbuk kunyit.
-   Sangai biji sawi dlm kuali, masukkan minyak masak, serbuk cili, timun, lobak merah.
-   Apabila mendidih masukkan garam, bijan, cuka&gula pasir. Masak lagi hingga pekat.


AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :-
-  ayam
BAHAN-BAHAN KISAR :-                                                                                                                      
-  lada kering 2genggam
-  bawang merah
-  bawang putih
-  halia
-  serai
 BAHAN-BAHAN LAIN :-                                                                                                                       
     -  garam
     -  gula
     -  msg(ajinamoto)
     -  kayu manis
     -  bunga lawang
CARA-CARANYA :-                                                                                                                                 
-  tumiskan bahan yg dikisar sampai pecah minyak
-  masukkan gula, garam, msg, kayu manis&bunga lawang
-  ayam goreng dulu sblm dimasukkan ked lm baan tumisan

SAMBAL SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN :-
-    1/2kg sotong basah
-    100ml air
-    1sudu mkn serbuk kari masala

-    1biji bawang besar(dikisar)
-     4ulas bawang putih(dikisar)

-     5sudu mkn serbuk cili
-     2biji cili mera(dihiris serong)
-     2biji cili ijau(dihiris serong)
-     1biji bawang esar(dihiris bulat)
-     ½ sudu kecil garam masala
-      60ml minyak masak
-      garam&gula pasir secukupnya

CARA-CARANYA :-                                                                                                                                 
-    Sotong dipotong bulat&dibersihkan
-    Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali. Tumiskan bahan yang dikisar tadi & garam masala. Masukkan serbuk cili, serbuk kari & air.
-    Apabila garing masukkan sotong. Masak hingga empuk.
-    Kemudian masukkan garam, cili merah, cili hijau&bawang besar. Kacau rata & tutupkan api.














Sunday, February 20, 2011

PETUA ORANG-ORANG TUA KITA


PETUA WAJAH CANTIK 
Petua menghilangkan kulit berminyak

: Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.
: Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.
: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
: Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
: Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.
: Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lapkan sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
: Gunakan bedak sejuk biasa. Ambil sedikit bedak sejuk (ketul2kan), tambah dengan sedikit air. Tempekkan bedak sejuk ke muka sebelum tido. Bersihkan muka selepas 30 minit atau sebaik bangun dari tidur. Kulit akan tambah segar dan halus, serta mengurangkan minyak di muka.


Petua menghilangkan bintik hitam
Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka.
Cara-caranya
: Kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Sapukan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
: Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
: Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
:  Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.


Petua menghilangkan jerawat muka
: Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
: Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
: Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
: Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
: Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
: Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
: Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
: Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Tahi Lalat

Caranya : ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Tidak kisah nenas tua atau muda. Seelok2nya guna yang sedang2. Supaya kisaran itu tidak terlalu cair. Lagipun air limau tersebut sudah memadai. InsyaAllah. Orang tua2 kata : Tahi lalat dekat muka tu bawa rezeki.

Petua Untuk Rambut Beruban
Gosokkkan kulit kepala anda dengan air kelapa tua secara perlahan-lahan. Amalkannya setiap hari atau 3 kali seminggu. Biasanya kelemumur dan uban akan hilang.


Petua Untuk Menghilangkan Kelemumur
a. Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu ditapis dan usaplah air tapisan tadi ke kepala yang ada kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.
b. Perahkan air limau purut atau limau nipis ke atas kulit kepala anda. Lumurkan rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut anda dengan air suam.


Petua Untuk Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan ke dalam bekas. Tuangkan 8sudu air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut pada seluruh rambut anda dan biarkan seketika. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih. Amalkannya selama 3 minggu berturut-turut.


Petua Untuk Mengelak Rambut Berbuah
Ambil daun pinang dan ramaskannya. Campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukannya pada rambut anda dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu anda bilas dengan air bersih. Amalkannya selama 3 minggu sekali.


Petua rambut gugur
Ambil daun rambutan/bunga raya/lidah buaya dan ramaskan di dalam mangkuk sehingga keluar lendirnya. Sapukan di kepala dan biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bersihkan rambut. InsyaAllah masalah rambut gugur akan hilang.


Petua hilangkan hanyir ikan pada tapak tangan
: Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.
: Selain halia, ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkannya pada tangan. Kemudian di bilas.
: Selain itu juga, Asam Jawa juga boleh digunakan. Air asam jawa pekat hendaklah dicampurkan dengan ikan. Kemudian direndam lebih kurang satu jam. Kemudian barulah dibasuh dengan air biasa.


Hanyir Ikan Sungai
Rendamkan ikan yang telah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama 10 minit, dan dibilas dengan air biasa. Kemudian barulah dimasak.

Hanyir Ikan dan Makanan Laut
Selain Asam Jawa, tepung gandum boleh juga digunakan. Caranya tepung diperap dengan ikan selama 10 minit sebelum dimasak. Seluruh badan ikan tersebut mesti disaluti  tepung.


Hanyir Ikan Darat (Air Tawar)
: Beberapa daun serai dan sedikit asam jawa diramas dan digaul bersama ikan. Perapkannya beberapa minit dan kemudian dibilas dengan air biasa.
: Untuk menghilangkan lendir ikan air tawar ini juga, sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci dengan air bersih.


Petua rangupkan ayam
Memang enak menikmati ayam goreng ketika ia masih panas. Namun selera kita pasti akan terbantut jika ayam tidak ranggup dan hanyir. Untuk itu, pastikan ayam dicuci dengan bersih menggunakan asam jawa. Segala lendir akan melekat pada asam jawa tersebut.  setelah dicuci bersih, bilas dengan air perahan limau nipis dan toskan seketika. kemudian perahkan pula sebiji buah limau kasturi sebelum diletakkan kunyit dan garam. Kemudian bolehlah digoreng sehingga masak.


Kelebihan asam jawa
  • Mampu memberikan kelegaan dan kesegaran kepada badan sewaktu panas.
  • Air asam jawa dapat melegakan sakit tekak. Asam jawa dibancuh dengan sedikit air dan gula,kemudian diminum bila perlu.
  • Asam jawa juga digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Ianya untuk menyedapkan lagi rasa masakan tersebut.
  • Asam jawa juga digunakan sebagai masker muka, dan ia dapat melicinkan muka.
  • Asam jawa juga digunakan sebagai petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan.






Thursday, February 17, 2011

KAU PERGI

Kau seorang yang tenang, amat menyayangi diriku, berpengetahuan agama.... Senang kata pakej seorang suami dah ada dalam diri kau... Sesungguhnya takdir telah tertulis segalanya... Aku ditakdirkan menjadi milik orang lain, kau tabah menerima keputusan ku. Walaupun pedih kau tetap tenang hadapinya. Tapi sesungguhnya kau manusia biasa aku tahu kau disakiti oleh tindakan ku. Apabila aku bersama si dia, aku masih menoleh ke arahmu aku tahu hatiku masih ada bersamamu... Kau jalani hidup tanpa diriku, kau tabah dan tenang sedang aku hilang arah. Aku tinggalkan si dia untuk kembali kepangkuanmu ternyata aku bukan lagi dihatimu... Walaupun perit untukku terima aku redha. aku hanya mampu tersenyum dan melangkah pergi dari hidupmu... Aku kata mampu hidup tanpa dirimu aku tipu. Aku tak berdaya aku benar-benar hilang arah. Aku mengambil kepuutusan untuk pergi dari hidupmu.. No. tel kau aku padam dari simpanan telefonku... Mesej dari awal kita kenal aku padam... Hanya gambarmu sahaja aku tidak berdaya untuk padam akan ku semat rapi di dalam ingatanku... Kini kau pergi... Semoga kau bahagia...

Wednesday, February 16, 2011

PETUA MENJAGA KECANTIKAN DIRI









  


 PETUA

v     JERAWAT
GUNAKAN EKSTRAK LIMAU NIPIS.

v     KULIT KERING
GUNAKAN LIDAH BUAYA&MADU.

v     BERSIHKAN BWH LENGAN
-HAMPAS TEH&SEDIKIT GARAM.
      -GOSOKKAN POTONGAN UBI KENTANG SEGAR PD BAHAGIAN BWH  
      LENGAN&BIARKAN IA KERING SBLM DICUCI.

v     KHASIAT KULIT JAMBU BATU
AMBIL KULIT BUAH JAMBU BATU& KISAR. SAPUKAN PD MUKA & BIARKAN SEMALAMAN. BASUH DGN AIR SUAM.

v     PEMERAH PIPI SEMULAJADI
SAPUKAN HAMPAS TEH PD WAJAH.

v     JERAWAT
TUMBUK SEDIKIT KUNYIT DI CAMPUR BERSAMA KELAPA PARUT. BUNJUTKAN DLM KAIN & SAPUKAN PD WAJAH TIAP MALAM.

v     KULIT GEBU&WAJAH AWET
      SEHIRIS KUNYIT,ASAM JAWA SEBESAR IBU JARI&SEDIKIT GULA  
      MERAH YG DIMASUKKAN KE DLM GELAS BERISI AIR PANAS.
      BIARKAN SUAM LALU MINUM. AMALKAN SETIAP PAGI.

v     WAJAH CANIK&BERSERI
RAHSIA ALAM UNT. KULIT YG CANTIK-AMBIL 2HELAI PUCUK BETIK, 2INCI KUNYIT HIDUP, 2INCI LEMPOYANG,2INCI CEKOR&1CAWAN AIR MASAK. BAHAN-BAHAN INI DIKISAR DAN DILUMATKANLALU DITAPIS UNT. MENGAMBIL AIRNYA. MINUMLAH RAMUAN INI SETIAP HARI UNT. MNDAPATKAN WAJAH YG LEBIH BERSIH, BERSERI SEKALI GUS MNDAPATKAN KULIT YG LEBIH CANTIK.

v     KELEMUMUR
AMBIL BEBERAPA BIJI BUAH MNGKUDU YG MASAK KMUDIAN DBUANG KULITNYA. GOSOKKAN PD KULIT KEPALA YG BERKELEMUMUR. BIARKAN 10MINIT KMUDIAN CUCI, LAKUKAN BERULANG KALI UNT. KESAN YG LBH BAIK.

v     MELURUSKAN RAMBUT YG KERINTING
PERAH SEBIJJI KELAPA & AMBIL PATINYA SHJ. CMPURKAN DGN AIR LIMAU NIPIS, SIMPAN SANTAN PEKAT INI  DI DLM PETI SEJUK SEHINGGA MENYERUPAI KRIM. GUNAKAN KRIM UNT. DISAPUKN PD KEPALA & KESELURUH RAMBUT. DIBIARKAN SELAMA 1JAM&DIBILAS.

v     TUMIT MEREKAH
-AMBIL SANTAN KELAPA & DIDIHKAN DI ATAS API SEHINGGA MENGELUARKAN MINYAK. AMBIL MINYAK SEJUK SAPUKAN PD TUMIT,LAKUKN BERULANG KALI UNT KESAN YG LBH BAIK.
-BANCUH ASAM JAWA BRSAMA AIR BIASA DI DLM SEBUAH BESEN. MASUKKAN KEDUA BELAH KAKI KE DLM BESEN&REHATKAN DIRI ANDA. LAKUKAN BERULANG KALI UNT. KESAN YG MEMUASKAN.

v     MANDI REMPAH
DAUN PANDAN WANGI, DAUN SERAI WANGI&MENGKUDU

v     MANDI BUNGA
BUNGA MAWAR,MELUR,KENANGA,KEMBOJA,KESIDANG(JEMUR HINGGA LAYU)CAMPUR DAUN PANDAN WANGI,DAUN LIMAU,HIRISAN LIMAU NIPIS,LIMAU PURUT(DIEMBUNKAN SEMALAMAN)

Wednesday, February 9, 2011

EGONYA AKU DAN HATI SALJU



EGONYA AKU

“Arghh..!! Aku kata tak suka, tak sukalah! Jangan paksa aku untuk terima kau” bentak Aina Vanda Diana  “kenapa? Apa kurangnya aku? Kenapa kau batukan hati kau Vie? Bagilah aku peluang sekali sahaja untuk mendekati kau, aku tak kan mensia-siakan peluang itu.” rayu Fakrul Idlan.
                                          
“Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman!! Bangun kamu dah lewat untuk ke kolej baru kamu” suara ibu mengejutkan puteri bongsunya, siap dengan nama penuh itu tandanya ibu marahlah. Ibu bukanlah seorang pemarah tapi tegas dalam membentuk peribadi puteri-puterinya. Aina Vanda Diana atau lebih dikenali dengan panggilan Vie. Seorang yang susah bangun pagi tapi apabila mendengar suara ibunya Puan Kartika macam lipas kudung Vie bangkit dari tidurnya. Vie merupakan anak bongsu Encik Zahril Aiman dan Puan Kartika. Vie mempunyai rupa yang menawan tapi mempunyai perwatakan lelaki. Dia seorang yang degil dan ego. Encik Zahril Aiman dan Puan Kartika mempunyai tiga orang puteri. Kakak Vie yang pertama Aina Vanda Daniella berada di Pert, Australia mengikut suaminya Syed Ikmal seorang ahli perniagaan. Setahun sekali barulah mereka pulang ke Malaysia itu pun untuk beraya bersama keluarga. Mungkin abang ipar Vie sibuk dengan kerjanya. Kakak Vie yang kedua Aina Vanda Danisha berada di United Kingdom bagi melanjutkan pelajarannya. Vie adalah pengarang jantung ayah dan ibunya sebab itulah Vie mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di dalam negara sahaja. Ehh.. bukan anak manjelah, tapi Vie tak minat dengan cara hidup negara asing.

Habis sahaja tingkatan 5 Vie melanjutkan pelajaranya disalah satu kolej di dalam negara. Hari pertama sampai di kolej, ayah mengeluarkan satu arahan wajib “Vie jangan curi-curi potong rambut lagi lepas ni. Kalau Vie berdegil ayah potong elaun Vie”. “Aduh… tu yang aku tak suka tu” rungut Vie di dalam hati tetapi melemparkan senyuman kepada orang tuanya. Simpan rambut panjang.rimas betul. Dari sekolah rendah lagi Vie memang tidak suka berambut panjang. Kawan-kawan Vie semuanya lelaki. Nak tak nak arahan bos besar kena jugaklah Vie ikut kalau tidak tak adalah elaun Vie.

Hari pendaftaran pelajar baru.
Setiap pelajar baru diwajibkan untuk tinggal di asrama. Dalam bilik Vie ditempatkan bersama tiga orang pelajar perempuan lain. Semua berlainan sifat. Mira seorang wanita bertudung dan sopan orangnya. Liyana seorang wanita yang sosial dan keras kepala. Intan seorang yang lurus bendul, kalau cakap dengan dia lambat betul “pick-up” tapi belajar “tip top”.  Hari pertama minggu orentasi lagi nama Vie sudah menjadi sebutan. Bukan kerana Vie “top” tapi kerana Vie tersalah masuk tandas pelajar lelaki. Hari pertama orentasi semua pelajar ditempatkan di dalam sebuah dewan berhawa dingin untuk sesi suai kenal. Mula-mula semua pelajar relek dengan kesejukan dewan tapi lama-lama muka semua menahan mahu ke tandas termasuklah Vie. Tatkala ketua pelajar bagi “green light” semua pelajar meluru keluar mencari tandas. Vie lari mencari tandas tanpa menunggu Mira, Liyana, dan Intan. “kalau aku tunggu diorang alamat tahun depan baru aku dapat pergi tandas” rungut Vie di dalam hati. Dalam kelam kabut Vie, Vie ternampak satu pintu tandas. Dengan “confident” Vie masuk dan melepaskan segala hajatnya. Bila Vie keluar pintu tandas alangkah terkejutnya Vie semuanya lelaki. Semua memandangnya dengan penuh tanda tanya. Vie dengan muka selamba Vie “say sorry” dan bla dari situ. Vie ingat diorang lupakan je peristiwa tu tapi lain jadinya bila salah seorang senior memanggilnya naik ke pentas dan menceramahkannya. “lain kali bagi salam bukan main langgar je…” panas sindiran Fakrul Idlan Bin Dato Ikram tepat ke muka Vie.  “Tunggu kau.. hari ni hari kau.. kau tak kenal lagi Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman” rungut hati Vie.

Minggu orentasi dah berlalu dengan jayanya. Semua pelajar telah memulakan kelas masing-masing. Tapi Vie memulakan operasi membalas dendam. Sepanjang minggu orentasi Vie mengambil tahu tentang Fakrul Idlan. Dendam akan terbalas hari ini. “Mira, Liyana, Intan korang pergi dululah kelas aku tertinggal barang. Nanti kita jumpa dekat kelas” helah Vie untuk operasi balas dendamnya. Mira, Liyana dan Intan berlalu tanpa banyak soal. Vie pergi ke tapak “parking” mencari kereta Fakrul Idlan. Vie memancitkan keempat-empat tayar kereta Honda Ek kuning milik Fakrul Idlan. “padan muka kau! Lain kali jangan main-main dengan Aina Vanda Diana” desis hati Vie. Vie ke kelas dengan muka selamba. Waktu petang adalah waktu beriadah bagi palajar kampus. Setiap pelajar mengikuti aktiviti riadah mengikut minat mereka. Vie memilih untuk mengikuti kelab olahraga kerana Vie memang aktif olahraga sejak dibangku sekolah lagi. Petang itu satu kampus digemparkan dengan dengan amarah Fakrul Idlan gara-gara keretanya di sabotaj.

Suatu petang, hampir separuh semester Vie di kampus Fakrul Idlan mencarinya di padang tempat olahraga berlatih. “Apa masalah kau? Kau junior tapi dah berani cari pasal dengan senior kau. Tak padan dengan perempuan perangai macam jantan!” herdik Fakrul Idlan tepat ke muka Vie. “Woi!! Kau apa hal? Datang tak bagi salam main hembus je” balas Vie. “Kau tak payah nak wayang! Kau kan yang pancitkan tayar kereta aku?” marah Fakrul. “Hahaha… So apa kena mengena kereta kau dengan aku? Perangai kau yang tak betul salahkan aku pulak” balas Vie dengan sinis. “Kau jaga! Siap kanlah diri kau!” amaran tegas dari Fakrul. Ada aku kisah!!” jerit Vie disaat Fakrul berlalu pergi.

Kini tahun kedua Vie di kampus. Segalanya berlalu,walaupun Fakrul Idlan memberi amaran keras kepada Vie. Dia tidak berbuat apa-apa, mungkin malas memanjangkan petengkaran dengan Vie.

Suatu hari. “Vie Puan Indah panggil kau ke biliknya sekarang” kata Liyana disaat dia baru pulang dari kampus. Puan Indah adalah Pensyarah Ekonomi Vie. Seorang yang cerewet dan banyak mulut. “Ya Puan.. Liyana kata Puan panggil saya” kata Vie dengan penuh tertib kepada Puan Indah. “Ya.. duduk Vie” balas ringkas Puan Indah. Dari riak wajah Puan Indah, Vie tahu gunung berapi bakal meletus. Tepat jangkaan Vie. Puan Indah membebel bagai bertih jagung baru masak. Dia marahkan surat berantai yang tersebar dengan nama Vie yang membencinya. Puan Indah tidak mengambil tindakan tetapi memberi tugasan tambahan kepada Vie. Vie dengan muka redha menerima tugasan iu. Vie terima bukan kerana Vie bersalah tetapi Vie tak tahu bagaimana mahu menepis tuduhan itu kerana semua bukti menunjukkan dia memang bersalah. Seminggu Vie keletihan, terkejar-kejar ke kelas dan perpustakaan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan Puan Indah. “Akhirnya siap jugak” kata Vie dengan nada lega. “Vie kalau kau tak buat surat berantai tu siapa yang buat agaknya?” tanya Intan dengan muka blurnya itu. “Aku pun tak tahulah.. Siapa yang buat kerja ni. Kalau aku tahu......” rungut Vie dengan nada geram. “Salah aku jugak suka cari pasal dengan budak-budak kampus. Salah sikit aku meroyan bagai nak terbalik kampus” kata Vie di dalam hati.

Sebagai menghargai pelajar pihak kampus menganjurkan satu perkhemahan. Vie, Mira, Liyana dan Intan juga menyertai aktiviti itu. Sebelum ini perangai Vie tak ubah macam jantan lama kelamaan sifat kewanitaan Vie terserlah. Mungkin berkat doa ibu dan ayahnya. Kini rambut Vie panjang mengurai persis wanita melayu terakhir. “sakitlah…” rungut Vie tatkala Imran rakan sekelas Vie menarik rambutnya. Imran rakan sekelas Vie yang pernah menyatakan perasaan cintanya kepada Vie tetapi di “reject”. Walaupun pernah ditolak cintanya Imran masih bersahabat dengan Vie seperti biasa. Walaupun Vie telah berubah tetapi hatinya masih tidak ingin menerima cinta. “Vie!!” jerit Liyana. Vie menoleh ke arah Liyana yang menuding jarinya ke arah sekumpulan pelajar senior. “Biarlah diorang aku malas ambik “port” tentang diorang” balas Vie ringkas.

“Best giler perkhemahan ni” kata Mira yang kini menjadi buah hati Shafiq budak paling terejal di dalam kelas yang kini menjadi baik kerana penangan cinta Mira. Vie tersenyum tanda setuju. Liyana dah jadi tunangan orang, tunang dia seorang anggota polis. Sedegil dia melekat jugak dengan abang polis yang tegas. Intan walaupun blur dah ada buah hati dikampungnya yang menunggu Intan tamat belajar. Vie je yang masih single mingle. Vie bingkas bangun dari batu tempat dia duduk tatkala melihat kelibat Fakrul Idlan menuju ke arahnya. Vie tergelincir lalu jatuh ke dalam ait terjun yang dalam itu. Vie tersedar dari pengsannya. Mira, Liyana dan Intan memandang Vie dengan wajah cemas. “kau ok tak Vie?” soal Mira kepada Vie. Vie mengangguk. “Kau tau tak siapa hero kau?” soal Liayana sambil tersenyum. “Siapa?” soal Vie. “ Fakrul Idlan “ balas Intan pantas.

Semenjak itu hubungan Vie dan Fakrul menjadi akrab. Kemana sahaja berdua macam belangkas. “ Minggu depan minggu akhir aku di kampus” jelas Fakrul kepada Vie sewaktu mereka melepak di padang olahraga. Vie hanya tersenyum tanda memahami. “Aku ada sesuatu nak cakap sebelum aku tamat belajar” balas Fakrul. “Sebenarnya aku dah mula suka kan kau semenjak minggu orentasi lagi. Setiap apa yang kau lakukan menarik perhatian aku. Walaupun kita pernah bergaduh minat aku pada kau tak pernah berubah” jelas Fakrul Idlan kepada Vie yang terpinga-pinga mendengar pengakuan ikhlas Fakrul.. Vie tidak membalas dan memilih untuk mendiamkan diri sambil mendengar kata-kata indah yang dilafazkan oleh insan yang dia telah mulai sayang. Ada seperkara lagi Vie” Fakrul tunduk seperti susah untuk dia berkata-kata. Surat berantai yang menyebabkan kau dihukum Puan Indah tu kerja aku. Aku terlalu marah dengan tindakan kau memancitkan tayar kereta aku. Sikap kau kebudak-budakan. Tapi tanpa aku sedar tindakan aku juga kebudak-budakan” jelas Fakrul kepada Vie dengan penuh teliti. Vie berlalu dengan wajah yang tenang tanpa memberi sebarang jawapan kepada Fakrul. Panggilan dan mesej dari Fakrul tak dibalas Vie. Pedih hatinya mengenangkan insan yang dia mulai sayang adalah insan yang dia cari selama ini. Mampukah rasa dendam menjadi sayang kini….

Setengah tahun berlalu, Vie menjadi pendiam. Fakrul Idlan tidak lagi mengganggunya. Fakrul Idlan hanya menunggu hari konvonya kerana hari itulah dia dapat melihat lagi wajah insan yang dia rindui. Wajah pujaan hatinya yang masih marah dengan tindakannya. “Vie Puan Indah minta kita “handle” majlis konvo. Dia nak kau “incharge” kata Mira yang menyampaikan arahan Puan Indah. “Aku malas” ringkas balas Vie. “Kau takut terserempak dengan dia??” soal Mira. “Siapa kata aku takut. Aku cuma malas” balas Vie dengan nada tegas. “Suka hati kaulah. Tapi aku tak nak jawab dengan Puan Indah. Kalau kau berani kau pergi bagi tahu dia sendiri” balas Mira selamba. Nak tak nak Vie terpaksa lakukan tugasan yang Puan Indah berikan padanya.

Hari konvo Vie la orang yang paling sibuk kerana dia orang kuat Puan Indah. Sedang Vie sibuk menyampaikan arahan kepada anak buahnya. “Aina Vanda Diana” suara yang Vie cukup kenal dan rindu. Tapi kerana ego… Vie tidak menoleh dan cuba melarikan diri. Tetapi Fakrul Idlan pantas menyambar tangan Vie. “I rindu U” ucap Fakrul Idlan dengan penuh rasa cinta dihatinya. “Lepaskan tangan aku. Aku dengan kau cuma satu sejarah. Kau buat hal kau, aku buat hal aku” jelas Vie dengan nada tegas. “Aku sayangkan kau, cintakan kau. Bagilah aku peluang” rayu Fakrul. “Arghh..!! Aku kata tak suka, tak sukalah! Jangan paksa aku untuk terima kau” bentak Aina Vanda Diana  “kenapa? Apa kurangnya aku? Kenapa kau batukan hati kau Vie? Bagilah aku peluang sekali sahaja untuk mendekati kau, aku tak kan mensia-siakan peluang itu.” rayu Fakrul Idlan.

Vie menitiskan air matanya. Mira, Liyana dan Intan yang dari tadi hanya menjadi pemerhati mendekati Vie. Vie menangis teresak-esak di dalam pelukan Mira. “Sudahlah Vie.. apa yang terjadi dulu kau jadikanlah pengalaman. Jangan berdendam lagi” pujuk Mira. “Iyee Vie… Fakrul ikhlas dengan kau. bukalah hati kau untuk dia” pujuk Intan yang masih blurr sebenarnya dengan situasi itu. Fakrul Idlan Bin Dato Ikram senior yang menjadi rebutan wanita di kampusnya tiba-tiba melutut di kaki Aina Vanda Diana. “Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman berilah saya satu peluang untuk membuktikan cinta saya pada awak.” Rayu Fakrul Idlan kepada Vie yang masih menangis di dalam pelukan Mira. “Saya cintakan awak juga Fakrul Idlan  Dato Ikram” perlahan sahaja balas Vie tatkala melihat Fakrul melutut dan merayu di kakinya. Fakrul bingkas bangun lalu memaut jemari Vie dan mereka tersenyum bahagia.


Nukilan : SALJUCINTA




HATI SALJU

“kalau nak along kahwin ayah ubah sikap ayah dulu. Along tak nak kahwin selagi ayah buat ibu menangis.” rungut aku bila didesak untuk berkahwin.
                                      
Adik-beradik aku terdiri dari lima orang puteri. Aku yang sulung berusia 24tahun, angah berusia 19tahun, eira berusia 14tahun, aina berusia 9tahun dan adeq berusia 6tahun. Adik aku yang keempat dan ke lima berlainan ibu tapi  satu ayah. Ayah berkahwin dengan mak tiri aku masa aku di tingkatan 3. Memanglah perit untuk aku telan tapi lagi perit hati ibu aku melihat suaminya bersama orang lain. Bukan ibu tak larang tapi ayah tetap berdegil dengan kemahuannya. Ibu seorang yang cukup penyabar. Ibu redha dan mengizinkan dirinya dimadu. Ibu sanggup turun naik mahkamah untuk perkahwinan kedua ayah. Tapi perkahwinan atas kesakitan orang lain tak kan bertahan lama. Ayah dan mak tiri aku bercerai setelah adik aku yang kelima berusia 2tahun mereka bercerai. Adik aku yang keempat dan ke lima diletakkan dibawah jagaan bekas mak tiri aku.

Tanggungjawab sebagai anak sulung amat berat sekali. Setiap tingkah laku harus dijaga kalau tidak adik akan ikut contoh tak elok. Aku terpaksa berkorban dalam segala perkara. Masa kecilku agak bercelaru,berpindah randah kerana ayah seorang askar. Ketika usiaku 12tahun ayah bertukar kerja. Ayah terpaksa bertugas di johor. Aku,ibu dan adik-adik tinggal di melaka.  Ayah sibuk dengan tugas barunya,ayah balik ke rumah sebulan sekali sahaja. Ibu sibuk mengurus adik-adik yang masih kecil ketika itu. Aku terpaksa berdikari membesar mengikut cara aku sendiri tapi masih berbekalkan pesanan serta disiplin yang ayah telah berikan sejak aku masih kecil kerana ayah seoarang yang tegas dan berprinsip. Setelah setahun berjauhan ayah membawa kami tinggal bersamanya di johor. Perhatian yang kurang menyebabkan aku jadi budak nakal,ilmu bukan matlamat hidup aku. “Protes zaman remaja” kini aku tahu protes zaman remaja aku hanya merugikan diri aku sendiri. Kurang perhatian bukanlah satu alasan untuk tidak mengejar ilmu. Angah kini berada di salah satu universiti di Malaysia. Dialah harapan keluarga aku. Segala perkara yang terjadi di rumah dirahsiakan dari pengetahuan angah. Aku tak nak pelajarannya terganggu. 

2007 aku disahkan menghidap sakit radang buah pinggang. Gelap aku rasa dunia ni,ada sahaja dugaan yang Allah S.W.T. beri pada aku.tapi kalau aku ikutkan sakit ni aku akan buat keluarga aku menangis. Aku gagahkan diri menghadapi sakit ini. Sepatutnya aku ada rawatan susulan tapi aku tak pergi. Badan aku,semangat aku jadi lemah tatkala melihat wajah keluarga aku melihat kesakitan yang aku alami. Sekarang aku teruskan hidup aku tanpa sebarang rawatan. Aku jaga pemakanan seharian aku, antibodi aku agak lemah jadi keluarga aku tidak menggalakkan aku keluar dari kawasan rumah takut aku jatuh sakit. Aku tak berkerja walaupun sudah berumur 24tahun. Aku hanya duduk dirumah menemani ibu dan mengajar eira belajar.

25tahun usiaku adalah tarikh keramat dalam hidup aku kerana aku telah berjanji kepada adik-adik aku dan sepupu-sepupu aku untuk menamatkan zaman bujang aku. Pada zaman belasan tahun usiaku, aku pernah terlepas janji pada mereka. Aku katakan “along akan kahwin bila umur along 25tahun kalau along tak kahwin lagi korang semua boleh carikan jodoh along”. Gara-gara gatal mulut ni aku diburu mereka selalu sekarang kerana usiaku kini 24tahun masih ada setahun lagi untuk aku mencari calonku sendiri. Bukan hanya adik-adik aku dan sepupu-sepupuku sahaja yang menuntut janjiku itu tapi satu keluarga aku dah tahu dan menuntut janji itu. Mereka bimbang kerana bercinta pun aku tak mahu mana nak datang calon suami. Aduh!! Sakit kepala bila fikirkan alam perkahwinan, mulalah fobia aku datang. Aku tahu setiap umat Nabi Muhammad S.A.W. diwajibkan berkahwin untuk melahirkan zuriat bagi meneruskan keturunan. Tapi jauh dibenak hatiku akalku aku kurang percaya pada satu perkahwinan. Aku takutkan segala keperitan ibu sebelum ini akan terjadi kepada aku.
                                                            


Bukan aku tak pernah cuba mencintai insan bernama lelaki tapi setiap lelaki yang cuba mendekati hati aku akan aku tolak mentah-mentah. Aku tak percaya pada janji-janji manis yang keluar dari mulut lelaki. Hanya senyum sinis yang lahir tatkala lelaki menyatakan cinta pada aku.  Fobia melihat perkahwinan orang tuaku yang sentiasa dilanda badai. Kini usia perkahwinan mereka telah menjangkau 25tahun. Tapi ayah masih tak berubah,walaupun perkahwinan kedua ayah patut dijadikan tauladan hidupnya ayah masih tak serik. Sampai sekarang ayah masih macam dulu,teman wanitanya kalah lelaki bujang. Macam mana aku nak keluar dari rumah ni kalau ayah masih tak berubah.
                                               
Setiap kali pulang ke kampung soalan saudara mara aku pasti sama. “Along bila nak kahwin,jangan tunggu lama-lama nanti tak laku”. Ishk!!! Bukan aku tak nak kahwin. Kalau kahwin macam tukar baju bila-bila suka pun boleh. Fobia dalam diri aku ni yang buat aku malas fikir soal kahwin. Dengan kesihatan aku sekarang ni,ia jadi salah satu alasan mengapa aku menolak cinta lelaki. “Siapa yang sanggup terima beban” itulah soalan hati aku tiap kali diaju soal jodoh. Bukan tak ada lelaki yang sudi menyunting aku menjadi suri hidup mereka. Aku boleh tahan “hot” jugak la. Takda yang boleh meyakinkan aku untuk dijadikan calon suami.

“Angah ada “join” chatting dekat satu chat room ni boleh tahanlah jugak. Along nak join??”. Pelawaan angah tulah detik aku mendapat kawan-kawan. Bahagia rasa hidup ni,sebelum ni bangun, tidur, makan, tengok tv tu jela kerja harian aku. Angah amat memahami kakak dia ni,dia tahu aku bosan dengan hidup seharian aku yang terkurung. Mulanya ayah marah jugaklah tapi dia bagi kebebasan pada aku kerana dia tahu anak dia ni sedih selalu. Dalam banyak-banyak kawan chatting aku ni aku minat satu mamat ni. Dia jarang mesej aku. Tak macam mamat lain kerja mengayat aku je… bosan tol!! Aku mula tumpukan perhatian pada dia. Nama dia Yusniezam seorang Para iaitu askar payung terjun,berasal dari Sungai Petani Kedah. Selalu jugaklah aku mesej dengan dia. Dari bersembang dichat room je kitorang mula bersembang di telefon. Melarat-laratlah perhubungan kitorang,lamalah jugak baru kitorang ambil keputusan untuk jumpa. Tapi aku kenakan syarat!! Dia perlu berjumpa dengan keluarga aku dan aku nak jumpa dengan keluarga dia. Punyalah teliti aku nak berkawan kalahkan puteri raja pulak. Dia setuju tanpa sebarang soal. “Gentleman kan si dia ni”soal aku pada eira. “yupp…calon suami along ehh?? Soal eira”. Berkerut kening aku sekejap. Hubungan kami bahagia sangat,dia seorang yang penyabar,tenang tapi “slow” bila bab memujuk. But still sweet ok!!


Suatu hari waktu minum petang. “Dua minggu lagi keluarga Yus nak datang merisik along tapi ayah cadangkan pada dia kamu bertunang sekali. Tak banyak kerja,lagipun keluarga Yus duduk jauh kesian diorang nanti”. Aku call dia kami bertengkar. Aku tak setuju tindakan dia. Dia buat keputusan ni tanpa persetujuan aku. “U setuju ke kalau I Tanya pada U?? Tak kan? I tahu U fobia tapi sampai bila I tak nak kehilangan U…Sampai bila hati salju U nak reda?? Fobia dengan perkahwinan??”. “Tak nak kehilangan tapi buat keputusan tak tanya aku samalah tu bakal-bakal kena tinggal jugak dengan aku” rungut hatiku. Aku tak buat apa-apa persiapan pun semuanya keluarga aku yang buat. Dah lama dia tak menghubungi aku,aku juga tidak cuba untuk menghubungi dia. Dari riak wajah keluargaku aku tahu mereka gembira dengan berita ini. Malam sebelum majlis pertunangan aku “Along tak nak bertunang!! Kalau ayah dengan ibu berdegil jugak along lari dari rumah”. Aku fikir ayah dan ibu akan ubah keputusan mereka tapi sangkaan ku meleset. Hari pertunangan aku dikurung dan diawasi oleh mak cik-mak cik aku dan saudara mara yang lain. Aku disolek dan dihias indah bagai seorang puteri. Aku menangis teresak-esak disaat cincin pertunangan disarungkan ke jari oleh bakal mertuaku. Aku menangis bukan bukan kerana kecewa dengan tindakan orang tuaku. Tetapi menangis kerana bahagia diriku kini tunangan orang dan bakal menjadi seorang isteri kepada insan yang aku cintai. Fobia bukanlah penghalang sebuah kebahagiaan. Semua itu ketentuan ilahi, DIA telah menentukan takdir setiap makhluknya. Dugaan rumah tangga ayah dan ibu sudah tertulis takdir mereka begitu. Redha, sabar dengan ujian Allah S.W.T. insyallah akan ada hikmahnya. “Kita tidak akan tahu selagi kita tidak melaluinya”.