PETUA WAJAH CANTIK
Petua menghilangkan kulit berminyak
: Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.
: Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.
: Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
: Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
: Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.
: Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu lapkan sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
: Gunakan bedak sejuk biasa. Ambil sedikit bedak sejuk (ketul2kan), tambah dengan sedikit air. Tempekkan bedak sejuk ke muka sebelum tido. Bersihkan muka selepas 30 minit atau sebaik bangun dari tidur. Kulit akan tambah segar dan halus, serta mengurangkan minyak di muka.
Petua menghilangkan bintik hitam
Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka.
Cara-caranya
: Kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Sapukan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
: Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
: Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
: Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Petua menghilangkan jerawat muka
: Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
: Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
: Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
: Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
: Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
: Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
: Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
: Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya : ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Tidak kisah nenas tua atau muda. Seelok2nya guna yang sedang2. Supaya kisaran itu tidak terlalu cair. Lagipun air limau tersebut sudah memadai. InsyaAllah. Orang tua2 kata : Tahi lalat dekat muka tu bawa rezeki.
Petua Untuk Rambut Beruban
Gosokkkan kulit kepala anda dengan air kelapa tua secara perlahan-lahan. Amalkannya setiap hari atau 3 kali seminggu. Biasanya kelemumur dan uban akan hilang.
Petua Untuk Menghilangkan Kelemumur
a. Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu ditapis dan usaplah air tapisan tadi ke kepala yang ada kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.
b. Perahkan air limau purut atau limau nipis ke atas kulit kepala anda. Lumurkan rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut anda dengan air suam.
Petua Untuk Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan ke dalam bekas. Tuangkan 8sudu air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut pada seluruh rambut anda dan biarkan seketika. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih. Amalkannya selama 3 minggu berturut-turut.
Petua Untuk Mengelak Rambut Berbuah
Ambil daun pinang dan ramaskannya. Campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukannya pada rambut anda dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu anda bilas dengan air bersih. Amalkannya selama 3 minggu sekali.
Petua rambut gugur
Ambil daun rambutan/bunga raya/lidah buaya dan ramaskan di dalam mangkuk sehingga keluar lendirnya. Sapukan di kepala dan biarkan selama 20-30 minit. Kemudian bersihkan rambut. InsyaAllah masalah rambut gugur akan hilang.
Petua hilangkan hanyir ikan pada tapak tangan
: Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.
: Selain halia, ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkannya pada tangan. Kemudian di bilas.
: Selain itu juga, Asam Jawa juga boleh digunakan. Air asam jawa pekat hendaklah dicampurkan dengan ikan. Kemudian direndam lebih kurang satu jam. Kemudian barulah dibasuh dengan air biasa.
Hanyir Ikan Sungai
Rendamkan ikan yang telah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama 10 minit, dan dibilas dengan air biasa. Kemudian barulah dimasak.
Hanyir Ikan dan Makanan Laut
Selain Asam Jawa, tepung gandum boleh juga digunakan. Caranya tepung diperap dengan ikan selama 10 minit sebelum dimasak. Seluruh badan ikan tersebut mesti disaluti tepung.
Hanyir Ikan Darat (Air Tawar)
: Beberapa daun serai dan sedikit asam jawa diramas dan digaul bersama ikan. Perapkannya beberapa minit dan kemudian dibilas dengan air biasa.
: Untuk menghilangkan lendir ikan air tawar ini juga, sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci dengan air bersih.
Petua rangupkan ayam
Memang enak menikmati ayam goreng ketika ia masih panas. Namun selera kita pasti akan terbantut jika ayam tidak ranggup dan hanyir. Untuk itu, pastikan ayam dicuci dengan bersih menggunakan asam jawa. Segala lendir akan melekat pada asam jawa tersebut. setelah dicuci bersih, bilas dengan air perahan limau nipis dan toskan seketika. kemudian perahkan pula sebiji buah limau kasturi sebelum diletakkan kunyit dan garam. Kemudian bolehlah digoreng sehingga masak.
Kelebihan asam jawa
- Mampu memberikan kelegaan dan kesegaran kepada badan sewaktu panas.
- Air asam jawa dapat melegakan sakit tekak. Asam jawa dibancuh dengan sedikit air dan gula,kemudian diminum bila perlu.
- Asam jawa juga digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Ianya untuk menyedapkan lagi rasa masakan tersebut.
- Asam jawa juga digunakan sebagai masker muka, dan ia dapat melicinkan muka.
- Asam jawa juga digunakan sebagai petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
No comments:
Post a Comment