EGONYA AKU
“Arghh..!! Aku kata tak suka, tak sukalah! Jangan paksa aku untuk terima kau” bentak Aina Vanda Diana “kenapa? Apa kurangnya aku? Kenapa kau batukan hati kau Vie? Bagilah aku peluang sekali sahaja untuk mendekati kau, aku tak kan mensia-siakan peluang itu.” rayu Fakrul Idlan.
“Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman!! Bangun kamu dah lewat untuk ke kolej baru kamu” suara ibu mengejutkan puteri bongsunya, siap dengan nama penuh itu tandanya ibu marahlah. Ibu bukanlah seorang pemarah tapi tegas dalam membentuk peribadi puteri-puterinya. Aina Vanda Diana atau lebih dikenali dengan panggilan Vie. Seorang yang susah bangun pagi tapi apabila mendengar suara ibunya Puan Kartika macam lipas kudung Vie bangkit dari tidurnya. Vie merupakan anak bongsu Encik Zahril Aiman dan Puan Kartika. Vie mempunyai rupa yang menawan tapi mempunyai perwatakan lelaki. Dia seorang yang degil dan ego. Encik Zahril Aiman dan Puan Kartika mempunyai tiga orang puteri. Kakak Vie yang pertama Aina Vanda Daniella berada di Pert, Australia mengikut suaminya Syed Ikmal seorang ahli perniagaan. Setahun sekali barulah mereka pulang ke Malaysia itu pun untuk beraya bersama keluarga. Mungkin abang ipar Vie sibuk dengan kerjanya. Kakak Vie yang kedua Aina Vanda Danisha berada di United Kingdom bagi melanjutkan pelajarannya. Vie adalah pengarang jantung ayah dan ibunya sebab itulah Vie mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya di dalam negara sahaja. Ehh.. bukan anak manjelah, tapi Vie tak minat dengan cara hidup negara asing.
Habis sahaja tingkatan 5 Vie melanjutkan pelajaranya disalah satu kolej di dalam negara. Hari pertama sampai di kolej, ayah mengeluarkan satu arahan wajib “Vie jangan curi-curi potong rambut lagi lepas ni. Kalau Vie berdegil ayah potong elaun Vie”. “Aduh… tu yang aku tak suka tu” rungut Vie di dalam hati tetapi melemparkan senyuman kepada orang tuanya. Simpan rambut panjang.rimas betul. Dari sekolah rendah lagi Vie memang tidak suka berambut panjang. Kawan-kawan Vie semuanya lelaki. Nak tak nak arahan bos besar kena jugaklah Vie ikut kalau tidak tak adalah elaun Vie.
Hari pendaftaran pelajar baru.
Setiap pelajar baru diwajibkan untuk tinggal di asrama. Dalam bilik Vie ditempatkan bersama tiga orang pelajar perempuan lain. Semua berlainan sifat. Mira seorang wanita bertudung dan sopan orangnya. Liyana seorang wanita yang sosial dan keras kepala. Intan seorang yang lurus bendul, kalau cakap dengan dia lambat betul “pick-up” tapi belajar “tip top”. Hari pertama minggu orentasi lagi nama Vie sudah menjadi sebutan. Bukan kerana Vie “top” tapi kerana Vie tersalah masuk tandas pelajar lelaki. Hari pertama orentasi semua pelajar ditempatkan di dalam sebuah dewan berhawa dingin untuk sesi suai kenal. Mula-mula semua pelajar relek dengan kesejukan dewan tapi lama-lama muka semua menahan mahu ke tandas termasuklah Vie. Tatkala ketua pelajar bagi “green light” semua pelajar meluru keluar mencari tandas. Vie lari mencari tandas tanpa menunggu Mira, Liyana, dan Intan. “kalau aku tunggu diorang alamat tahun depan baru aku dapat pergi tandas” rungut Vie di dalam hati. Dalam kelam kabut Vie, Vie ternampak satu pintu tandas. Dengan “confident” Vie masuk dan melepaskan segala hajatnya. Bila Vie keluar pintu tandas alangkah terkejutnya Vie semuanya lelaki. Semua memandangnya dengan penuh tanda tanya. Vie dengan muka selamba Vie “say sorry” dan bla dari situ. Vie ingat diorang lupakan je peristiwa tu tapi lain jadinya bila salah seorang senior memanggilnya naik ke pentas dan menceramahkannya. “lain kali bagi salam bukan main langgar je…” panas sindiran Fakrul Idlan Bin Dato Ikram tepat ke muka Vie. “Tunggu kau.. hari ni hari kau.. kau tak kenal lagi Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman” rungut hati Vie.
Minggu orentasi dah berlalu dengan jayanya. Semua pelajar telah memulakan kelas masing-masing. Tapi Vie memulakan operasi membalas dendam. Sepanjang minggu orentasi Vie mengambil tahu tentang Fakrul Idlan. Dendam akan terbalas hari ini. “Mira, Liyana, Intan korang pergi dululah kelas aku tertinggal barang. Nanti kita jumpa dekat kelas” helah Vie untuk operasi balas dendamnya. Mira, Liyana dan Intan berlalu tanpa banyak soal. Vie pergi ke tapak “parking” mencari kereta Fakrul Idlan. Vie memancitkan keempat-empat tayar kereta Honda Ek kuning milik Fakrul Idlan. “padan muka kau! Lain kali jangan main-main dengan Aina Vanda Diana” desis hati Vie. Vie ke kelas dengan muka selamba. Waktu petang adalah waktu beriadah bagi palajar kampus. Setiap pelajar mengikuti aktiviti riadah mengikut minat mereka. Vie memilih untuk mengikuti kelab olahraga kerana Vie memang aktif olahraga sejak dibangku sekolah lagi. Petang itu satu kampus digemparkan dengan dengan amarah Fakrul Idlan gara-gara keretanya di sabotaj.
Suatu petang, hampir separuh semester Vie di kampus Fakrul Idlan mencarinya di padang tempat olahraga berlatih. “Apa masalah kau? Kau junior tapi dah berani cari pasal dengan senior kau. Tak padan dengan perempuan perangai macam jantan!” herdik Fakrul Idlan tepat ke muka Vie. “Woi!! Kau apa hal? Datang tak bagi salam main hembus je” balas Vie. “Kau tak payah nak wayang! Kau kan yang pancitkan tayar kereta aku?” marah Fakrul. “Hahaha… So apa kena mengena kereta kau dengan aku? Perangai kau yang tak betul salahkan aku pulak” balas Vie dengan sinis. “Kau jaga! Siap kanlah diri kau!” amaran tegas dari Fakrul. “Ada aku kisah!!” jerit Vie disaat Fakrul berlalu pergi.
Kini tahun kedua Vie di kampus. Segalanya berlalu,walaupun Fakrul Idlan memberi amaran keras kepada Vie. Dia tidak berbuat apa-apa, mungkin malas memanjangkan petengkaran dengan Vie.
Suatu hari. “Vie Puan Indah panggil kau ke biliknya sekarang” kata Liyana disaat dia baru pulang dari kampus. Puan Indah adalah Pensyarah Ekonomi Vie. Seorang yang cerewet dan banyak mulut. “Ya Puan.. Liyana kata Puan panggil saya” kata Vie dengan penuh tertib kepada Puan Indah. “Ya.. duduk Vie” balas ringkas Puan Indah. Dari riak wajah Puan Indah, Vie tahu gunung berapi bakal meletus. Tepat jangkaan Vie. Puan Indah membebel bagai bertih jagung baru masak. Dia marahkan surat berantai yang tersebar dengan nama Vie yang membencinya. Puan Indah tidak mengambil tindakan tetapi memberi tugasan tambahan kepada Vie. Vie dengan muka redha menerima tugasan iu. Vie terima bukan kerana Vie bersalah tetapi Vie tak tahu bagaimana mahu menepis tuduhan itu kerana semua bukti menunjukkan dia memang bersalah. Seminggu Vie keletihan, terkejar-kejar ke kelas dan perpustakaan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan Puan Indah. “Akhirnya siap jugak” kata Vie dengan nada lega. “Vie kalau kau tak buat surat berantai tu siapa yang buat agaknya?” tanya Intan dengan muka blurnya itu. “Aku pun tak tahulah.. Siapa yang buat kerja ni. Kalau aku tahu......” rungut Vie dengan nada geram. “Salah aku jugak suka cari pasal dengan budak-budak kampus. Salah sikit aku meroyan bagai nak terbalik kampus” kata Vie di dalam hati.
Sebagai menghargai pelajar pihak kampus menganjurkan satu perkhemahan. Vie, Mira, Liyana dan Intan juga menyertai aktiviti itu. Sebelum ini perangai Vie tak ubah macam jantan lama kelamaan sifat kewanitaan Vie terserlah. Mungkin berkat doa ibu dan ayahnya. Kini rambut Vie panjang mengurai persis wanita melayu terakhir. “sakitlah…” rungut Vie tatkala Imran rakan sekelas Vie menarik rambutnya. Imran rakan sekelas Vie yang pernah menyatakan perasaan cintanya kepada Vie tetapi di “reject”. Walaupun pernah ditolak cintanya Imran masih bersahabat dengan Vie seperti biasa. Walaupun Vie telah berubah tetapi hatinya masih tidak ingin menerima cinta. “Vie!!” jerit Liyana. Vie menoleh ke arah Liyana yang menuding jarinya ke arah sekumpulan pelajar senior. “Biarlah diorang aku malas ambik “port” tentang diorang” balas Vie ringkas.
“Best giler perkhemahan ni” kata Mira yang kini menjadi buah hati Shafiq budak paling terejal di dalam kelas yang kini menjadi baik kerana penangan cinta Mira. Vie tersenyum tanda setuju. Liyana dah jadi tunangan orang, tunang dia seorang anggota polis. Sedegil dia melekat jugak dengan abang polis yang tegas. Intan walaupun blur dah ada buah hati dikampungnya yang menunggu Intan tamat belajar. Vie je yang masih single mingle. Vie bingkas bangun dari batu tempat dia duduk tatkala melihat kelibat Fakrul Idlan menuju ke arahnya. Vie tergelincir lalu jatuh ke dalam ait terjun yang dalam itu. Vie tersedar dari pengsannya. Mira, Liyana dan Intan memandang Vie dengan wajah cemas. “kau ok tak Vie?” soal Mira kepada Vie. Vie mengangguk. “Kau tau tak siapa hero kau?” soal Liayana sambil tersenyum. “Siapa?” soal Vie. “ Fakrul Idlan “ balas Intan pantas.
Semenjak itu hubungan Vie dan Fakrul menjadi akrab. Kemana sahaja berdua macam belangkas. “ Minggu depan minggu akhir aku di kampus” jelas Fakrul kepada Vie sewaktu mereka melepak di padang olahraga. Vie hanya tersenyum tanda memahami. “Aku ada sesuatu nak cakap sebelum aku tamat belajar” balas Fakrul. “Sebenarnya aku dah mula suka kan kau semenjak minggu orentasi lagi. Setiap apa yang kau lakukan menarik perhatian aku. Walaupun kita pernah bergaduh minat aku pada kau tak pernah berubah” jelas Fakrul Idlan kepada Vie yang terpinga-pinga mendengar pengakuan ikhlas Fakrul.. Vie tidak membalas dan memilih untuk mendiamkan diri sambil mendengar kata-kata indah yang dilafazkan oleh insan yang dia telah mulai sayang. “Ada seperkara lagi Vie” Fakrul tunduk seperti susah untuk dia berkata-kata. “Surat berantai yang menyebabkan kau dihukum Puan Indah tu kerja aku. Aku terlalu marah dengan tindakan kau memancitkan tayar kereta aku. Sikap kau kebudak-budakan. Tapi tanpa aku sedar tindakan aku juga kebudak-budakan” jelas Fakrul kepada Vie dengan penuh teliti. Vie berlalu dengan wajah yang tenang tanpa memberi sebarang jawapan kepada Fakrul. Panggilan dan mesej dari Fakrul tak dibalas Vie. Pedih hatinya mengenangkan insan yang dia mulai sayang adalah insan yang dia cari selama ini. Mampukah rasa dendam menjadi sayang kini….
Setengah tahun berlalu, Vie menjadi pendiam. Fakrul Idlan tidak lagi mengganggunya. Fakrul Idlan hanya menunggu hari konvonya kerana hari itulah dia dapat melihat lagi wajah insan yang dia rindui. Wajah pujaan hatinya yang masih marah dengan tindakannya. “Vie Puan Indah minta kita “handle” majlis konvo. Dia nak kau “incharge” kata Mira yang menyampaikan arahan Puan Indah. “Aku malas” ringkas balas Vie. “Kau takut terserempak dengan dia??” soal Mira. “Siapa kata aku takut. Aku cuma malas” balas Vie dengan nada tegas. “Suka hati kaulah. Tapi aku tak nak jawab dengan Puan Indah. Kalau kau berani kau pergi bagi tahu dia sendiri” balas Mira selamba. Nak tak nak Vie terpaksa lakukan tugasan yang Puan Indah berikan padanya.
Hari konvo Vie la orang yang paling sibuk kerana dia orang kuat Puan Indah. Sedang Vie sibuk menyampaikan arahan kepada anak buahnya. “Aina Vanda Diana” suara yang Vie cukup kenal dan rindu. Tapi kerana ego… Vie tidak menoleh dan cuba melarikan diri. Tetapi Fakrul Idlan pantas menyambar tangan Vie. “I rindu U” ucap Fakrul Idlan dengan penuh rasa cinta dihatinya. “Lepaskan tangan aku. Aku dengan kau cuma satu sejarah. Kau buat hal kau, aku buat hal aku” jelas Vie dengan nada tegas. “Aku sayangkan kau, cintakan kau. Bagilah aku peluang” rayu Fakrul. “Arghh..!! Aku kata tak suka, tak sukalah! Jangan paksa aku untuk terima kau” bentak Aina Vanda Diana “kenapa? Apa kurangnya aku? Kenapa kau batukan hati kau Vie? Bagilah aku peluang sekali sahaja untuk mendekati kau, aku tak kan mensia-siakan peluang itu.” rayu Fakrul Idlan.
Vie menitiskan air matanya. Mira, Liyana dan Intan yang dari tadi hanya menjadi pemerhati mendekati Vie. Vie menangis teresak-esak di dalam pelukan Mira. “Sudahlah Vie.. apa yang terjadi dulu kau jadikanlah pengalaman. Jangan berdendam lagi” pujuk Mira. “Iyee Vie… Fakrul ikhlas dengan kau. bukalah hati kau untuk dia” pujuk Intan yang masih blurr sebenarnya dengan situasi itu. Fakrul Idlan Bin Dato Ikram senior yang menjadi rebutan wanita di kampusnya tiba-tiba melutut di kaki Aina Vanda Diana. “Aina Vanda Diana Binti Zahril Aiman berilah saya satu peluang untuk membuktikan cinta saya pada awak.” Rayu Fakrul Idlan kepada Vie yang masih menangis di dalam pelukan Mira. “Saya cintakan awak juga Fakrul Idlan Dato Ikram” perlahan sahaja balas Vie tatkala melihat Fakrul melutut dan merayu di kakinya. Fakrul bingkas bangun lalu memaut jemari Vie dan mereka tersenyum bahagia.
Nukilan : SALJUCINTA
HATI SALJU
“kalau nak along kahwin ayah ubah sikap ayah dulu. Along tak nak kahwin selagi ayah buat ibu menangis.” rungut aku bila didesak untuk berkahwin.
Adik-beradik aku terdiri dari lima orang puteri. Aku yang sulung berusia 24tahun, angah berusia 19tahun, eira berusia 14tahun, aina berusia 9tahun dan adeq berusia 6tahun. Adik aku yang keempat dan ke lima berlainan ibu tapi satu ayah. Ayah berkahwin dengan mak tiri aku masa aku di tingkatan 3. Memanglah perit untuk aku telan tapi lagi perit hati ibu aku melihat suaminya bersama orang lain. Bukan ibu tak larang tapi ayah tetap berdegil dengan kemahuannya. Ibu seorang yang cukup penyabar. Ibu redha dan mengizinkan dirinya dimadu. Ibu sanggup turun naik mahkamah untuk perkahwinan kedua ayah. Tapi perkahwinan atas kesakitan orang lain tak kan bertahan lama. Ayah dan mak tiri aku bercerai setelah adik aku yang kelima berusia 2tahun mereka bercerai. Adik aku yang keempat dan ke lima diletakkan dibawah jagaan bekas mak tiri aku.
Tanggungjawab sebagai anak sulung amat berat sekali. Setiap tingkah laku harus dijaga kalau tidak adik akan ikut contoh tak elok. Aku terpaksa berkorban dalam segala perkara. Masa kecilku agak bercelaru,berpindah randah kerana ayah seorang askar. Ketika usiaku 12tahun ayah bertukar kerja. Ayah terpaksa bertugas di johor. Aku,ibu dan adik-adik tinggal di melaka. Ayah sibuk dengan tugas barunya,ayah balik ke rumah sebulan sekali sahaja. Ibu sibuk mengurus adik-adik yang masih kecil ketika itu. Aku terpaksa berdikari membesar mengikut cara aku sendiri tapi masih berbekalkan pesanan serta disiplin yang ayah telah berikan sejak aku masih kecil kerana ayah seoarang yang tegas dan berprinsip. Setelah setahun berjauhan ayah membawa kami tinggal bersamanya di johor. Perhatian yang kurang menyebabkan aku jadi budak nakal,ilmu bukan matlamat hidup aku. “Protes zaman remaja” kini aku tahu protes zaman remaja aku hanya merugikan diri aku sendiri. Kurang perhatian bukanlah satu alasan untuk tidak mengejar ilmu. Angah kini berada di salah satu universiti di Malaysia. Dialah harapan keluarga aku. Segala perkara yang terjadi di rumah dirahsiakan dari pengetahuan angah. Aku tak nak pelajarannya terganggu.
2007 aku disahkan menghidap sakit radang buah pinggang. Gelap aku rasa dunia ni,ada sahaja dugaan yang Allah S.W.T. beri pada aku.tapi kalau aku ikutkan sakit ni aku akan buat keluarga aku menangis. Aku gagahkan diri menghadapi sakit ini. Sepatutnya aku ada rawatan susulan tapi aku tak pergi. Badan aku,semangat aku jadi lemah tatkala melihat wajah keluarga aku melihat kesakitan yang aku alami. Sekarang aku teruskan hidup aku tanpa sebarang rawatan. Aku jaga pemakanan seharian aku, antibodi aku agak lemah jadi keluarga aku tidak menggalakkan aku keluar dari kawasan rumah takut aku jatuh sakit. Aku tak berkerja walaupun sudah berumur 24tahun. Aku hanya duduk dirumah menemani ibu dan mengajar eira belajar.
25tahun usiaku adalah tarikh keramat dalam hidup aku kerana aku telah berjanji kepada adik-adik aku dan sepupu-sepupu aku untuk menamatkan zaman bujang aku. Pada zaman belasan tahun usiaku, aku pernah terlepas janji pada mereka. Aku katakan “along akan kahwin bila umur along 25tahun kalau along tak kahwin lagi korang semua boleh carikan jodoh along”. Gara-gara gatal mulut ni aku diburu mereka selalu sekarang kerana usiaku kini 24tahun masih ada setahun lagi untuk aku mencari calonku sendiri. Bukan hanya adik-adik aku dan sepupu-sepupuku sahaja yang menuntut janjiku itu tapi satu keluarga aku dah tahu dan menuntut janji itu. Mereka bimbang kerana bercinta pun aku tak mahu mana nak datang calon suami. Aduh!! Sakit kepala bila fikirkan alam perkahwinan, mulalah fobia aku datang. Aku tahu setiap umat Nabi Muhammad S.A.W. diwajibkan berkahwin untuk melahirkan zuriat bagi meneruskan keturunan. Tapi jauh dibenak hatiku akalku aku kurang percaya pada satu perkahwinan. Aku takutkan segala keperitan ibu sebelum ini akan terjadi kepada aku.
Bukan aku tak pernah cuba mencintai insan bernama lelaki tapi setiap lelaki yang cuba mendekati hati aku akan aku tolak mentah-mentah. Aku tak percaya pada janji-janji manis yang keluar dari mulut lelaki. Hanya senyum sinis yang lahir tatkala lelaki menyatakan cinta pada aku. Fobia melihat perkahwinan orang tuaku yang sentiasa dilanda badai. Kini usia perkahwinan mereka telah menjangkau 25tahun. Tapi ayah masih tak berubah,walaupun perkahwinan kedua ayah patut dijadikan tauladan hidupnya ayah masih tak serik. Sampai sekarang ayah masih macam dulu,teman wanitanya kalah lelaki bujang. Macam mana aku nak keluar dari rumah ni kalau ayah masih tak berubah.
Setiap kali pulang ke kampung soalan saudara mara aku pasti sama. “Along bila nak kahwin,jangan tunggu lama-lama nanti tak laku”. Ishk!!! Bukan aku tak nak kahwin. Kalau kahwin macam tukar baju bila-bila suka pun boleh. Fobia dalam diri aku ni yang buat aku malas fikir soal kahwin. Dengan kesihatan aku sekarang ni,ia jadi salah satu alasan mengapa aku menolak cinta lelaki. “Siapa yang sanggup terima beban” itulah soalan hati aku tiap kali diaju soal jodoh. Bukan tak ada lelaki yang sudi menyunting aku menjadi suri hidup mereka. Aku boleh tahan “hot” jugak la. Takda yang boleh meyakinkan aku untuk dijadikan calon suami.
“Angah ada “join” chatting dekat satu chat room ni boleh tahanlah jugak. Along nak join??”. Pelawaan angah tulah detik aku mendapat kawan-kawan. Bahagia rasa hidup ni,sebelum ni bangun, tidur, makan, tengok tv tu jela kerja harian aku. Angah amat memahami kakak dia ni,dia tahu aku bosan dengan hidup seharian aku yang terkurung. Mulanya ayah marah jugaklah tapi dia bagi kebebasan pada aku kerana dia tahu anak dia ni sedih selalu. Dalam banyak-banyak kawan chatting aku ni aku minat satu mamat ni. Dia jarang mesej aku. Tak macam mamat lain kerja mengayat aku je… bosan tol!! Aku mula tumpukan perhatian pada dia. Nama dia Yusniezam seorang Para iaitu askar payung terjun,berasal dari Sungai Petani Kedah. Selalu jugaklah aku mesej dengan dia. Dari bersembang dichat room je kitorang mula bersembang di telefon. Melarat-laratlah perhubungan kitorang,lamalah jugak baru kitorang ambil keputusan untuk jumpa. Tapi aku kenakan syarat!! Dia perlu berjumpa dengan keluarga aku dan aku nak jumpa dengan keluarga dia. Punyalah teliti aku nak berkawan kalahkan puteri raja pulak. Dia setuju tanpa sebarang soal. “Gentleman kan si dia ni”soal aku pada eira. “yupp…calon suami along ehh?? Soal eira”. Berkerut kening aku sekejap. Hubungan kami bahagia sangat,dia seorang yang penyabar,tenang tapi “slow” bila bab memujuk. But still sweet ok!!
Suatu hari waktu minum petang. “Dua minggu lagi keluarga Yus nak datang merisik along tapi ayah cadangkan pada dia kamu bertunang sekali. Tak banyak kerja,lagipun keluarga Yus duduk jauh kesian diorang nanti”. Aku call dia kami bertengkar. Aku tak setuju tindakan dia. Dia buat keputusan ni tanpa persetujuan aku. “U setuju ke kalau I Tanya pada U?? Tak kan? I tahu U fobia tapi sampai bila I tak nak kehilangan U…Sampai bila hati salju U nak reda?? Fobia dengan perkahwinan??”. “Tak nak kehilangan tapi buat keputusan tak tanya aku samalah tu bakal-bakal kena tinggal jugak dengan aku” rungut hatiku. Aku tak buat apa-apa persiapan pun semuanya keluarga aku yang buat. Dah lama dia tak menghubungi aku,aku juga tidak cuba untuk menghubungi dia. Dari riak wajah keluargaku aku tahu mereka gembira dengan berita ini. Malam sebelum majlis pertunangan aku “Along tak nak bertunang!! Kalau ayah dengan ibu berdegil jugak along lari dari rumah”. Aku fikir ayah dan ibu akan ubah keputusan mereka tapi sangkaan ku meleset. Hari pertunangan aku dikurung dan diawasi oleh mak cik-mak cik aku dan saudara mara yang lain. Aku disolek dan dihias indah bagai seorang puteri. Aku menangis teresak-esak disaat cincin pertunangan disarungkan ke jari oleh bakal mertuaku. Aku menangis bukan bukan kerana kecewa dengan tindakan orang tuaku. Tetapi menangis kerana bahagia diriku kini tunangan orang dan bakal menjadi seorang isteri kepada insan yang aku cintai. Fobia bukanlah penghalang sebuah kebahagiaan. Semua itu ketentuan ilahi, DIA telah menentukan takdir setiap makhluknya. Dugaan rumah tangga ayah dan ibu sudah tertulis takdir mereka begitu. Redha, sabar dengan ujian Allah S.W.T. insyallah akan ada hikmahnya. “Kita tidak akan tahu selagi kita tidak melaluinya”.
cinta tu kadang-kadang kita tak dapat miliki tapi kita masih mengejar dan memaksa ia supaya kembali... makin di cari ia akan hilang makin di kejar ia akan lari.. ibaratkan cinta sebagai layang-layang.. kadang-kadang kita tarik... kadang-kadang kita lepaskan mengikut arah angin.. lepaskan tak bermakna ia lari.. tali masih digenggam... jika tali itu putus.. terimalah ketentuan dengan redha dan bangga. sekurang-kurangnya kita dah berusaha bukan mengaku kalah...
ReplyDeleteangen di tepi pantai buat aku rase tenang... perasaan yang sukar aku gambarkan...cahaya matahari yang menyinari pasir pantai bagai berlian yang sedang berkelipan... pohon-pohon yang menghijau buat aku rasa selesa menenangkan fikiran... besar sungguh kurniaan ALLAH S.W.T tak terlafaz ketenangan yang aku rasa sekarang... hanyalah KETENANGAN
ReplyDelete